ShoutMix chat widget

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, 12 October 2011

Ceramah Dadah

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Pada 24 September 2011 yang lalu , Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Ghafar Baba telah menyertai Ceramah Dadah Di Perpustakaan Masjid Tanah , Melaka. Program ini berlangsung pada jam 9.30 Pg dan bertempat di Dewan Seberguna Perpustakaan Masjid Tanah. Program ini telah dianjurkan oleh MAPIM daerah Alor Gajah untuk Ceraah Dadah disamping mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya dengan kerjasama Perpustakaan Cawangan Masjid Tanah.

Seramai 25 orang pelajar yang mengikuti Ceramah dadah ini. Program ini memberi serba sedikit maklumat kepada para pelajar tentang apa itu dadah. Program ini juga menekankan cara bagaimana untuk mengatasi masalah apabila berdepan dengan seorang penagih mahupun seorang pengedar dadah. Ceramah ini telah disampaikan oleh Encik Kassim bin Dollah iaitu Setiausaha Pemadam Negeri Melaka...









































Program ini telah memberi sedikit maklumat kepada para pelajar.

Program ini digabungkan bersama sekolah SMK Sultan Alaudin dan SMK Hang Kasturi...

Friday, 7 October 2011

Program Cakna Tingkatan 1

Assalamualaikum dan Salam 1 MALAYSIA.

Alhamdulillah UBK SMK Ghafar Baba telah menjalankan beberapa aktiviti bagi memenuhi masa lapang mutid-murid Tingkatan 1 pada jam 3 petang hingga 4 petang. Program ini dijalankan bagi memperkukuhkan lagi jati diri murid dan juga memberi cara-cara belajar dengan betul.

Murid tingkatan 1 telah menjalankan aktiviti ini pada setiap minggu genap setiap bulan.










Program ini bertujuan bagi membantu mereka untuk bijak melaksanakan kerja.